top of page

BOOKING / BELI

Berikut adalah tatacara bagaimana membeli rumah melalui kami.

​

LANGKAH 1 :

​

Pilih rumah yang dikehendaki mengikut kelayakkan gaji anda.

​

LANGKAH 2 :

​

Jika perlu, hubungi saya untuk menjalankan kerja-kerja lawatan tapak atau rumah contoh.

​

LANGKAH 3 :

​

Setelah berpuas hati dengan kediaman yang dipilih, maka bolehlah membuat pilihan lot rumah daripada senarai lot yang masih kosong daripada saya. Jika perlu, hantarkan kepada saya satu salinan kad pengenalan dan satu salinan penyata gaji terkini untuk proses BOOKING. Akan tetapi, proses ini hanya membenarkan penahanan lot selama tiga ( 3 ) hari bekerja sahaja.

​

LANGKAH 4 :

​

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan pinjaman. Senarai dokumen tersebut adalah seperti berikut :

​

1) Salinan Kad Pengenalan dan Pasangan ( Jika ada )
2) Salinan Surat Nikah ( Jika ada )
3) Salinan Slip Gaji ( 3 bulan terkini )
4) Salinan Surat Pengesahan Jawatan

​

LANGKAH 5 :

​

Setelah memiliki kesemua dokumen tersebut, bolehlah hubungi saya untuk kita aturkan satu temujanji bagi mengisi dan menandatangani borang permohonan pembelian kediaman tersebut.

​

LANGKAH 6 :

​

Saya akan menghantar permohonan pembelian tersebut ke pihak pengurusan untuk kerja-kerja selanjutnya.

​

LANGKAH 7 :

​

Setelah mendapat kelulusan, anda hanya perlu tunggu untuk serahan kunci rumah. Jika terdapat rebet tunai ke atas kediaman tersebut, anda akan menerimanya sewaktu serahan kunci rumah.

​

Selesai.

​

​

​

​

​

  • Facebook Social Icon

Dari Ibn Umar r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Kerjakanlah beberapa di antara solatmu di rumah mu, dan jangan kamu jadikan rumah mu itu menjadi kuburan."  

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0622.

CHECK MY FACEBOOK PAGE

bottom of page