FAQ ( LPPSA )
PINJAMAN PERTAMA (KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN)
​
Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan perumahan LPPSA jika telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara rasmi?
Jawapan : Tidak layak kerana pengesahan jawatan adalah wajib bagi permohonan pinjaman.
Apakah perbezaan diantara skim pembiayaan perumahan SPPP dengan SPPI ?
Jawapan : i. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional.
ii. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).
​
Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.
Jawapan : Boleh dipertimbangkan dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh 3 pihak iaitu tuan tanah,pembeli dan penjual/pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.
Apakah perbezaan di antara Pinjaman Jenis 1 (Rumah Siap) dan Jenis 1 (Sekunder Strata/Individu) dan
Jenis 1 (Sekunder Assignment).
Jawapan : Rumah Jenis 1 (Rumah Siap) adalah rumah yang mempunyai hakmilik berdaftar atas nama penjual, sementara rumah
Jenis 1 (Sekunder Strata/Individu) dan Jenis 1 (Sekunder Assignment), hakmilik masih atas nama pemaju.
Bolehkah pemohon membuat pinjaman baru setelah membatalkan pinjaman yang telah diluluskan atas sebab masalah peribadi.
Jawapan i) :
Bagi pinjaman yang telah diluluskan tetapi Lampiran E masih belum dijawab,pemohon boleh membuat pinjaman baru.
Jawapan ii) :
Bagi pinjaman yang telah diluluskan dan telah menjawab Lampiran E, pemohon boleh membuat pinjaman baru setelah tuntutan baki hutang ke atas pembatalan pinjaman tersebut diselesaikan. Pinjaman baru ini dianggap pinjaman terakhir dan pemohon tidak layak untuk memohon pinjaman harta kedua/ubahsuai.
Bolehkah saya memohon pinjaman untuk membeli apartment termasuk parking lot.
Jawapan i) :
Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyertakan 2 perjanjian yang berasingan sekiranya parking lot adalah berasingan.
Jawapan ii) :
Sekiranya parking lot berada di bangunan yang sama tidak memerlukan 2 perjanjian.
Sekiranya saya tidak layak membuat pinjaman penuh ke atas rumah yang ingin dibeli, bolehkah saya membuat pinjaman bersama tunang saya untuk membeli harta tersebut.
Jawapan : Pinjaman bersama hanya dibenarkan bagi suami dan isteri sahaja.
​
Saya telah disahkan jawatan sebagai N17, dan sekarang sebagai S27, bolehkah saya membuat permohonan pinjaman perumahan.
Jawapan : Tidak boleh dipertimbangkan sehingga disahkan dalam jawatan S27.
Saya akan berkahwin dan akan mendaftarkan perkahwinan, bolehkah saya membuat pinjaman bersama dengan bakal isteri.
Jawapan : Tidak boleh.
Saya bercadang membeli sebuah rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
a) Bolehkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
b) Berapakah jumlah pinjaman yang saya layak untuk kerja-kerja tambahan tersebut.
Jawapan a) :
Boleh, sekiranya dalam Kumpulan Sokongan II dengan syarat Perjanjian Jualbeli rumah kos rendah dan Perjanjian Kontrak untuk kerja tambahan dikemukakan serentak bersama dengan Borang Permohonan Pinjaman. Kerja Tambahan perlu dibuat serentak dengan pembinaan rumah.
Jawapan b) :
Amaun pinjaman untuk kerja tambahan yang dibenarkan tidak melebihi RM 20,000.00.
Saya telah diluluskan pembelian rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan. Bolehkah saya memohon pinjaman untuk kerja-kerja tambahan.
Jawapan : Tidak boleh.
Tempoh bersara wajib saya masih berbaki 5 tahun, tetapi permohonan untuk bersara pilihan telah diluluskan. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman jika permohonan dikemukakan 10 bulan sebelum bersara pilihan.
Jawapan : Tidak layak.
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi saya mengemukakan borang permohonan pinjaman sebelum bersara.
Jawapan : 1 tahun sebelum tarikh bersara bagi yang memilih skim pencen dan 5 tahun bagi yang memilih skim KWSP.
Jika ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih dicampur dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan jika ditolak pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih panjang iaitu lebih kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman berdasarkan kelayakan gaji semasa saya.
Jawapan : Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok/gaji hakiki. Kelulusan pinjaman akan mengambil kira baki gaji bersih berdasarkan slip gaji.
Saya adalah kakitangan kerajaan dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Saya memilih skim pencen. Semasa saya hendak membuat pinjaman perumahan saya dapati jumlah keseluruhan potongan termasuk caruman KWSP dan bayaran balik pinjaman rumah adalah melebihi 64%. Sekiranya potongan EPF diberhentikan, jumlah keseluruhan termasuk bayaran rumah yang akan dipotong adalah 52%. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman perumahan dimana caruman KWSP masih berjalan.
Jawapan : Potongan bayaran balik pinjaman perumahan 60% adalah berdasarkan gaji hakiki semasa tanpa mengambil kira potongan lain. Walaubagaimanapun baki gaji bersih boleh menampung bayaran balik pinjaman.
Jika saya seorang sahaja yang ingin membeli sebuah rumah tetapi di dalam perjanjian jual beli dimasukkan nama isteri untuk jaminan dan kemudahan pinjaman beliau di masa akan datang. Bolehkan saya membuat Skim Pinjaman Secara Islam.
Jawapan : Boleh dipertimbangkan.
Isteri saya bekerja dengan swasta dan secara bersama membeli sebuah rumah dalam Pembinaan. Isteri saya membuat pinjaman bank Secara Konvensional. Bolehkan saya memohon pinjaman perbendaharaan mengikut Skim Secara Islam.
Jawapan : Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
​
* sumber : http://www.lppsa.gov.my